Wednesday, November 5, 2008

Seminggu pemergian sahabat yang amat di kasihi


Hari ini, 5 November 2008, cukup seminggu pemergian seorang sahabat yang amat aku kasihi. Pemergiannya meninggalkan banyak kenangan manis dalam hidup aku. Seorang sahabat yang amat disenangi oleh ramai orang. Sahabat yang aku amat terasa semenjak pemergiannya untuk selama lamanya. Aku pasrah, aku redha, Allah lebih mengetahui apa yang dilakukanNya. Sahabat yang baik, sahabat yang sabar, sahabat yang pemurah, sahabat yang punyai ramai kenalan yang begitu senang bila berdampingan dengan nya.


Aku masih lagi dalam kesedihan. Walaupun kehidupan mesti ditempuhi dan diteruskan, tapi ingatan aku kepadanya tetap akan kekal dalam ingatan, Selagi nyawa aku dikandung badan, dan selagi aku mampu dan terdaya, aku akan selalu menyedekahkan ayat ayat suci Allah kepadanya.InsyaAllah.


Banyak kenangan manis dan kata kata nasihat darinya yang aku perolehi selama aku bersahabat dengannya. Sahabat yang redha dengan apa yang diperolehinya di atas bumi ini. Walaupun aku hanyalah seorang kenalannya, dan bukan daripada kaum keluarganya, tapi kasih sayang aku sebagai sahabatnya amatlah tinggi. Seperti abang kandung ku sendiri, selalu aku mendapat nasihat nasihat dan tunjuk ajarnya dalam apa saja yang aku lakukan.


Pemergiannya mu Abang Soubri, sangat aku terasa. Dalam riang tawa, dalam menjalani kehidupan seperti biasa, tiada sakit, engkau telah dijemput oleh penciptamu. Kehilangan amat terasa sekali. Aku doakan abang diampunkan dosa dosa yang telah lalu dan ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman serta dijauhkan dari siksa kubur dan azab api neraka.


Hubungan aku dengan keluarga amat erat sekali. Aku sayangkan anak yang masih kecil dan tak mengerti apa apa. InsyaAllah, seandainya pertolongan dipinta, aku akan berusaha sedaya upaya untuk menolong waris sahabat ku ini. Doa aku agar, keturunan abang akan menjadi anak yang soleh, dan dapat memberi kebahagiaan kepada abang.


Sungguh sedih untuk menulis, akhir sekali, aku sedekahkan Al-Fatihah ini untuk arwah Abang Soubri Bin Ariffin. Hanya kenangan yang tersimpan rapi dalam ingatan ku. Aku bangga kerana dapat menguruskan jenazah dari mula sampai ke akhirnya. Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Kini, aku berserah pada Allah. Aku doakan supaya abang bahagian di alam barzakh. Amiin.......Al-Fatihah!


1 comment:

HASNAH said...

En Wan, I nak tanya.. this Soubri Ariffin was from Yan Kedah ka? I have school friend under same name tinggal di Port Dickson area.
You may let me know at my email hasnah.omar@gmail.com