Monday, November 10, 2008

Tetamu Istimewa

Hari ini 11 November 2008. Aku telah menerima sepasang tetamu istimewa. Sungguh istimewa bagi aku kerana aku sangat hormati tetamu aku ini. Awal awal lagi aku dah suruh mak aku masakkan untuk kami makan tengah hari. Aku pelawa tetamu aku makan tengah hari, sesuatu yang jarang aku lakukan untuk sekian lamanya kepada kawan2 aku samada yang jauh atau yang dekat. tapi abang dan akak adalah tetamu istimewa aku. Aku sangat hargai kehadiran abang dan akak.

Abang dan akak sampai di Dungun pukul 11.30 tengah hari..ahh masih awal lagi untuk lunch. Aku jemput abang di Esso bersebelahan hospital Dungun. Ye laa, ini first time abang dan akak datang ke rumah, so tak kenal lagi jalan. kena bagi "petua" ..haha.. tapi takpa. aku pergi jemput dengan motor je senang.

Sampai di rumah, ok jer. Abang bawak lemang dan serunding daging yg dibeli kat Kijal. Oklah, walaupun aku tak terlalu minat lemang, tapi kalau kena yang macam abang bawak tu, masih panas lagi.. errmm..berselera jugak. Aku tak makan banyak sebab takut kenyang plak nak makan tengah hari nanti. Abang dan akak berbual, rancak juga dengan emak. Aku sesekali menyampuk jer.. hehe. ye laa...aku bukan biasa duk di dapur.! pecah lobang plak, mak aku bagitau diaorang! takpelahhh... dah memang macam tuu.

So, time makan, lebih kurang pukul 12.40 tgh hari. Aku suka sangat tengok abang makan. Akak pun nampak berselera betul. Abang puji masakan mak aku.. tersenyum simpul mak aku dibuatnya. heheh . ye la, orang dah puji baikkk punyerr.. Abang makan 2 kali tambah...jadi semua 3 pinggan ler..huyyoo...banyaknyer tu.. aku ni makan sikit jer. Aku lebih hargai abang dan kakak makan, daripada aku makan sendiri. Nampaknya hajat aku tercapai nak ajak abang dan akak ke rumah. Alhamdulillah. So abang dah kenal rumah, dah kenal emak, nanti, kalau ada masa, harapnya abang boleh datang lagi. stay lebih lama atau bermalam saja di rumah.

Well..hari ini juga seceria semalam..hati aku puas. Aku harap perkenalan atau persahabatan aku dengan abang dan juga akak dan anak (coming soon) akan lebih erat. Bila emak dah jumpa sendiri dan dah kenal mengenali, maka dah hilanglah kerisauan dia. Emak memang jenis orang yg risau. takpelah. Sekarang dia dah tak risau lagi. Dah kenal depan mata. Dah bergurau gurau dengan abang... Abang memang jenis yang suka bergurau..ha ha haa.

Ok. 2 hari yang sungguh ceria buat diri aku.Terima kasih abang dan akak! Hilang sedikit kerinduan aku kepada Abang Soubri. Abang seakan dapat menjadi penggantinya, tapi aku tak akan lupakan abang Soubri. Selama lamanya... Nanti, InsyaAllah, kalau ada rezeki kami akan ke rumah abang dan mak akan ajar cara nak buat nasi dagang..(pure Terengganu style).

Oklah, stop sini dulu. Hari ni hujan tak henti2, dah nak masuk musim banjir agaknya..so, berguling di atas tilam dengan selimut pun best ni..ha ha ha...jangan cemburu. Hari ini aku Off. so..berehat jerr laa.. ok. sampai jumpa lagi.. wassalam.

Al-Fatihah untuk arwah.

Masa Yang Sungguh Bermakna

Hari ini, 10 November 2008, sungguh menggembirakan aku. Hari ni macam hari semalam, aku pergi ke resort itu lagi, jumpa abang dan akak, main ping pong lagi, berborak2 dan makan makan. Ahh, sungguh happy rasanya hari ini. Hari ini, waktu bersama lebih panjang sikit, sempat rehat rehat dan bercerita kisah2 lama. Aku amat suka dengar abang bercerita. Kisah di zaman sekolahnya, kisah penglibatan sukannya. heheh. ada yang menggelihatikan aku.. sungguh hebat! Abang dan kakak memang very happy loving couple. Aku doakan abang dan akak akan kekal selamanya, hingga akhir hayat. Aku pun tumpang gembira. Tunggu kelahiran anak, ohh, sungguh bahagia nampak diwajah abang dan akak. Aku pun doakan agar aku akan bertemu dengan seorang yang menyayangi aku seperti itu. menyayangi dan di sayangi.

Besok harapnya dapat jumpa lagi. Aku jemput abang datang ke rumah, boleh kenal rumah, boleh kenal dengan emak, dan kita makan tengah hari bersama. Aku amat teruja bila aku dijemput untuk ke rumah akak pada raya haji ni. InsyaAllah, aku akan usahakan dapatkan cuti untuk ke sana. Boleh aku kenal tempat orang dan ahli keluarga akak. Dapat jalan jalan dengan abang, pasti suatu yang sangat menggembirakan aku..

Siang tadi ada kawan aku call, udang galah yang aku pesan dah ada..so apa lagi, terus saja aku pergi jumpa dan bayar. Walaupun tak sampai sekilo, tapi nampak banyak juga. Hampir sekilo juga laa tu. Harga pun berpatutan, kalau nak ikutkan harga pasaran aku kena bayar 45 ringgit, tapi tadi diaorang hanya mintak 25 ringgit saja. Ok la tu..sangat sangat berpatutan..lain kali boleh pesan lagi... Boleh la buat makan tengah hari esok dengan tetamu istimewa. Harap harap, abang dan kakak, suka la makan udang galah yerr.. siapa yang tak suka makan udang galah tu, nasib laa, hilanglah nikmat dunia..ha ha ha.. Aku akan suruh mak aku masak lemak cili api..fuhh lama betul tak makan udang galah yg fresh tangkapan dari bubu!...

Ermmm..sebut tentang bubu..aku teringat semula kat abang Ari. ahh..tak sempat dia nak uji bubunya betul2. Aku pernah cakap, nak ikut dia pergi tahan bubu..ohh impian yang tak tercapai, takpelah. Aku bawak balik satu bubu yang aku mintak dari Kak Ina, aku nak jadikan kenang kenangan. Aku akan simpan saja bubu tu, jadikan perhiasan. "Si Tua Dengan Bubunya"...masih segar lagi blog Abang Ari tentang bubunya. Kini semakin sunyi Myspace tanpanya. Hilang seri. Tiada lagi komen komen, tiada lagi mesej, tiada lagi kata nasihat, tiada lagi idea idea yang hebat, ahh.. aku tenangkan hati aku sendiri.. Setiap yang hidup pasti akan mati. Aku akan mati bila?.. aku tak tahu. Aku pasti akan menyusul kemudian. Ya Allah, Engkau ampunilah dosa aku, dosa orang tua ku, dosa sahabat sahabat ku yang sangat aku kasihi, dan muslimin dan muslimat samada yang masih hidup atau yang telah mati. ..
Amiiin.

Sunday, November 9, 2008

Terubat Secebis Kerinduan


Hari ini, 9 Novermber 2008, hati aku sedikit terubat atas kerinduan kepada sahabat yang telah pergi untuk selama lamanya. Hari ini, aku telah sedaya upaya untuk merialisasikan impian aku untuk berpeluh di gelanggang ping pong. Walaupun bukan dengan orang yang aku benar benar ingin lawan, tapi kerana terdapat pertalian saudara yang sangat dekat dan terdapat beberapa persamaan, aku kira impian aku telah separuh tercapai. Alhamdulillah. Semua ini adalah ketentuan Allah belaka. Dulu aku pernah berhajat untuk bermain ping pong dengan arwah abang Ari, tapi apakan daya, hajat aku tidak kesampaian...takpelah, aku tetap boleh melawan abangnya..!

Walaupun ketentuan tidak seperti yang dirancangkan, tapi aku tetap puas hati walaupun hanya sempat bermain untuk sekadar lebih kurang 30 minit sahaja kerana terdapat beberapa perkara yang tidak dirancang, telah membantutkan masa. Aku ok je. Tak jadi masalah. Asalkan dapat bermain sekejap pun jadilah. Takpe, lain kali kita main sampai penat dan sampai puas hati ye abang!. Beberapa teknik dapat aku pelajari. Stroke aku masih tak hebat. Masih perlu di asah lagi. Sifu memang terer, walaupun dah lebih kurang 2 tahun tak sentuh bat, tapi bila start permainan, masih nampak skill lama. Terima kasih abang kerana mengajar teknik2 tersebut. Walaupun umur dah lebih dari separuh abad, tapi kudrat masih gagah! silap haribulan, kalah aku dibuatnya.

Walaupun bermain di gelanggang terbuka, tapi ok laa, angin tak kuat sangat. Nanti kita main kat dewan tertutup, baru boleh tengok skill yg hebat2. ha ha ha. Aku pun memang dah lama tak main. Paling last aku main awal tahun 2007 agaknya kalau tak silap, itupun pertandingan antara jabatan di tempat kerja. Tak dapat nak tunjuk skill dan tak menang sebab kena main secara beregu dan beregu aku..hmm...macam orang baru nak start pegang bat!... nasib aku laaa tuu!

Oklah abang, lain kali, kita main betul2 dan kita set masa yg lama sikit. Harap harap, dapatlah kita main puas puas. Balik dari resort tu, aku dapat sms dari Kak Ina.. ahh..aku terus jadi sedih semula. Takpelah kak, bersabarlah. Nazirah masih kecil lagi. Mungkin dia masih belum mengerti erti permergian selama lamanya buat abahnya yang amat disayanginya. Suatu hari nanti dia pasti akan faham. Aku tenteramkan diri aku sendiri, walaupun ingatan pada arwah terus saja berputar2 di fikiran.. hmm..Aku sedekahkan Al-fatihah. Aku doakan arwah akan aman di sana.

Balik dari resort tu juga, abang dan kakak ipar aku pelawa untuk dinner kat sebuah restoran..ohh dinner lagi. Bukan aku tak nak, tapi aku dalam proses nak kuruskan badan..takpe, aku makan sikit je, walaupun lauk sangat enak, tapi aku kena pastikan aku tak terlebih makan. Alhamdulillah. semua berjalan lancar. Anak buah aku suka benar..dah lama tak jumpa. Kakak ipar aku dan kakaknya cakap, badan aku dah susut sikit..hahaha..baru depa tau. memang aku susut..dan aku dah susut sebanyak lebih dari 15 kilogram!!... tak banyak ke tu? bukan senang oiii nak turunkan berat sebanyak tu.. depa main2 kan aku..tunggu susut lagi sikit, pasti awek akan berderett nak jadi makwe..hahahah... sakan depa ketawa!.. aku hanya tersenyum sajaa..happy family!

lebih kurang pukul 8.30 malam, selesai. ..tunggu esok pula apa aktiviti seterusnya. Abang ajak main pingpong lagi.InsyaAllah, aku akan pergi lagi besok. Kita main lama sikit. Walaupun aku kesian tengok abang berlari2 kejar bola yang terlepas, tapi, aku tetap gembira, sekurangnya abang pun keluar peluh juga. Bukan ke untuk kesihatan tu..?? jadinya, macam serampang dua mata..dapat meneruskan hobi disamping dapat menyihatkan badan.. Alhamdulillah..


Oklah abang, besok kita jumpa lagi di gelanggang. InsyaAllah.

Wednesday, November 5, 2008

Seminggu pemergian sahabat yang amat di kasihi


Hari ini, 5 November 2008, cukup seminggu pemergian seorang sahabat yang amat aku kasihi. Pemergiannya meninggalkan banyak kenangan manis dalam hidup aku. Seorang sahabat yang amat disenangi oleh ramai orang. Sahabat yang aku amat terasa semenjak pemergiannya untuk selama lamanya. Aku pasrah, aku redha, Allah lebih mengetahui apa yang dilakukanNya. Sahabat yang baik, sahabat yang sabar, sahabat yang pemurah, sahabat yang punyai ramai kenalan yang begitu senang bila berdampingan dengan nya.


Aku masih lagi dalam kesedihan. Walaupun kehidupan mesti ditempuhi dan diteruskan, tapi ingatan aku kepadanya tetap akan kekal dalam ingatan, Selagi nyawa aku dikandung badan, dan selagi aku mampu dan terdaya, aku akan selalu menyedekahkan ayat ayat suci Allah kepadanya.InsyaAllah.


Banyak kenangan manis dan kata kata nasihat darinya yang aku perolehi selama aku bersahabat dengannya. Sahabat yang redha dengan apa yang diperolehinya di atas bumi ini. Walaupun aku hanyalah seorang kenalannya, dan bukan daripada kaum keluarganya, tapi kasih sayang aku sebagai sahabatnya amatlah tinggi. Seperti abang kandung ku sendiri, selalu aku mendapat nasihat nasihat dan tunjuk ajarnya dalam apa saja yang aku lakukan.


Pemergiannya mu Abang Soubri, sangat aku terasa. Dalam riang tawa, dalam menjalani kehidupan seperti biasa, tiada sakit, engkau telah dijemput oleh penciptamu. Kehilangan amat terasa sekali. Aku doakan abang diampunkan dosa dosa yang telah lalu dan ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman serta dijauhkan dari siksa kubur dan azab api neraka.


Hubungan aku dengan keluarga amat erat sekali. Aku sayangkan anak yang masih kecil dan tak mengerti apa apa. InsyaAllah, seandainya pertolongan dipinta, aku akan berusaha sedaya upaya untuk menolong waris sahabat ku ini. Doa aku agar, keturunan abang akan menjadi anak yang soleh, dan dapat memberi kebahagiaan kepada abang.


Sungguh sedih untuk menulis, akhir sekali, aku sedekahkan Al-Fatihah ini untuk arwah Abang Soubri Bin Ariffin. Hanya kenangan yang tersimpan rapi dalam ingatan ku. Aku bangga kerana dapat menguruskan jenazah dari mula sampai ke akhirnya. Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Kini, aku berserah pada Allah. Aku doakan supaya abang bahagian di alam barzakh. Amiin.......Al-Fatihah!