Thursday, August 21, 2008

Pertandingan Bot Laju




Hari ini 22 Ogos 2008, waktu balik dari kerja shif malam, aku telah pergi ke pasar lebih kurang pukul 9.30 pagi. Sampai je sana, keadaan begitu sibuk sekali tak seperti hari kebiasaan, walaupun hari jumaat yang merupakan hari cuti di tempat aku ni memang ramai orang ke pasar, tapi hari ini, memang luar biasa. Setelah meninjau2 keadaan sekeliling, barulah aku tau, rupa rupanya ada pertandingan bot laju di sungai yg bersebelahan dengan pasar itu. Patutlah ramai orang.


Pertandingan tersebut terbahagi kepada beberapa kategori mengikut keupayaan enjin. Aku tidak hiraukan sangat sebab keadaan sangat sesak, dan cuaca teramat panas betul. Aku hanya perhatikan sekejap sahaja dan sempat merakam video dan mengambil gambar menggunakan h/p. Keadaan meriah juga nampakya. Aku tidak tunggu hingga habis acara..sebelum balik, sempat juga aku tengok pameran 2 buah bot laju yg dipamerkan. Cantik juga, dan nampak hebat! walaupun aku tak berapa pandai sangat tentang bot ni, tapi bila terpandang bot di pameran itu, aku terasa teruja juga untuk mencubanya suatu hari nanti..InsyaAllah...