Thursday, September 11, 2008

Berkat Ramadhan


Hu hu hu huuuu...Gembira sungguh rasa hati ku kerana dengan berkatnya Ramadhan tahun ini, berat aku dah menyusut sebanyak 7 Kilogram!...yaaa 7 Kilogram. Kenapa? tak percayaa? Baru lepas timbang berat niii. Oh macam tak percaya, baru nak habis 11 hari berpuasa, aku sudah kehilangan berat sebanyak itu!!... Aku hanya kurangkan makan waktu berbuka ( dan kurangkan pengambilan nasi putih), dan waktu bersahur pula, aku hanya ambil sepotong dua kuih dan hanya minum air sahaja!.. Nampaknya cara ini begitu berkesan buat aku. Aku challenge diri aku sendiri sebelum raya ni, aku akan turunkan lagi berat aku bawah 100kg. huh!! bermakna aku kena kurangkan berat badan sebanyak 15 kg sepanjang ramadhan ni. Ada seiapa yang nak challenge aku?..! jomm..aku cabarr nii..

Lepas ini, InsyaAllah aku akan teruskan cara aku ini. Lepas puasa, lepas raya aku nak mencapai berat ideal...tapi kalau dapat bawah 80kg ohh alangkah bestnyaa. Memang sungguh mengujakan! Ada sesiapa yang nak mengikuti program penurunan berat badan sama sama dengan aku? hehehhe

Oklah dulu....selamat menjaga badan dan menjaga kesihatan..badan sihat, hidup ceria..heheh..selamat berpuasa!!! dan selamat berhari raya.

No comments: