Friday, December 12, 2008

Kehidupan



Tanggal 6 Disember 2008, mungkin tak akan aku lupakan. Satu pengalaman yang sungguh manis buat diri aku. Aku telah mengikut abang angkat aku pulang ke kampung halaman isterinya yang juga aku panggil kakak, di sebuah perkampungan di selatan Thailand. Aku sangat teruja sejak pertama kali abang telah mempelawa aku untuk berkunjung ke kampung mereka, dan bagi aku, inilah peluang untuk aku mengenali dan merasa sendiri pengalaman tinggal di kampung yang masih lagi jauh dari pembangunan. Aku sangat teruja. Aku rasa sangat bertuah kerana diberi peluang ini. Aku tidak lepaskan. Terima kasih abang dan kakak. Saya sangat berbesar hati dan sangat menghargainya.
6 Disember,lebih kurang pukul 1 tengah hari, aku dan abang telah sampai di sempadan Malaysia/Thailand. Keadaan sungguh sesak sekali. Abang telah memberitahu aku, ini bukan suatu kebiasaan kerana, pada hari hari biasa, keadaan tidaklah sesesak itu. Ini mungkin terjadi kerana ramai rakyat Thailand yang bekerja di Malaysia ingin pulang ke kampung halaman mereka sempena perayaan Aidiladha itu. Ditambah pula cuaca yang tak menentu kerana hujan. Maka suasana menjadi sedikit sesak. Untuk cop passport, terpaksa pergi ke situ 2 kali kerana orang terlalu ramai. Penat juga beratur selama lebih kurang 45 minit untuk selesaikan urusan tersebut. Abang telah menceritakan banyak perkara mengenai tempat itu sahaja. Kebanyakkan urusan imigresen di Thailand perlu diberi imbuhan kepada pegawai yang bertugas untuk melancarkan urusan itu. Ini sesuatu yang tak sepatutnya berlaku, tetap ianya telah menjadi tradisi,sama juga seperti di mana saja sempadan negara negara di dunia ini...aku hanya pasrahh.
Selama 6 hari aku di sana, di sebuah kampung yang masih kurang pembangunan, aku peroleh banyak pengalaman yang tak dapat aku beli dimana mana. Abang telah banyak menerangkan kepada aku tentang kehidupan orang orang di situ. Terima kasih abang.! Kehidupan di sebuah kampung yang terdapat banyak kekurangan, sedikit sebanyak menyedarkan aku betapa perlu nya kita meningkatkan taraf hidup kita sendiri supaya selari dengan pembangunan dan tidak tertinggal jauh di belakang. Kebanyakkan pekerjaan utama penduduk di situ ada dalam bidang pertanian dan masih lagi mengamalkan pertanian dengan cara tradisional. Kehidupan yang susah selalunya akan menimbulkan satu tekanan dalam hidup dan kesannya berlarutan dari hari ke sehari. Aku sangat bersyukur dengan keadaan aku sekarang. Walaupun aku tidak kaya dan hidup mewah, tapi taraf hidup aku lebih mudah dan senang.
Selama aku di sana, syukurlah, layanan dari keluarga di sana sangat baik. Mereka menghormati tetamu dengan tinggi sekali. Abang sangat dihormati di situ. mungkin disebabkan aku pergi dengan abang, maka mereka juga sangat hormatkan aku, sebagai tetamu mereka. Aku sangat selesa di sana. Aku hormati abang kerana abang telah membawa beberapa perubahan di sana umumnya dan di dalam keluarga itu sendiri khasnya. Aku sangat kagum dan hormati cara abang mendidik mereka. Kini mereka adalah lebih baik dari dulu. Mungkin kesan untuk melihat kejayaan yang tinggi dan hebat masih belum kelihatan, tapi usaha abang mungkin akan merubah cara kehidupan kehidupan di sana suatu hari nanti.
Semasa di sana, aku sempat pergi berkelah di satu pantai peranginan yang agak terkenal. Terlalu ramai pengunjung di situ. Kereta bersimpang siur. Orang muda, tua, kanak2, dewasa, semua memenuhi kawasan pantai itu. Walaupun bagi aku, pantainya tak jauh beza dengan di tempat aku, tapi di situ, suasana begitu meriah dan sibuk. Untuk yang ingin menenangkan fikiran, maka tempat itu amat tidak sesuai! Pergi menaiki van pick up 4x4, satu pengalaman yang baru. Walaupun cuaca panas dan kurang langkah keselamatan, tapi itulah saja kenderaan awam yang boleh dinaiki. Tiada bas atau kereta sewa. Aku tak kisah, cuma sedikit rasa janggal kerana di Malaysia, menaiki kenderaan secara begitu adalah salah di sisi undang2 lalu lintas.
Terlalu banyak yang ingin aku tulis, tapi biarlah aku simpan menjadi kenangan di ingatan aku saja sebagai kenangan manis yang tak akan aku lupakan. Aku berharap suatu hari nanti aku akan dapat ikut abang ke sana lagi. Terima kasih abang, terima kasih kakak. Saya sungguh selesa semasa bersama sama. Saya sangat hargai dan hormati abang dan kakak berdua. Seakan saya sudah menjadi sebahagian dari keluarga. Saya sangat bangga kerana dapat pelbagai ilmu dari abang. Abang mengajar saya seperti seorang ayah mengajar anaknya. Saya sangat berterima kasih. "Kop Kun Krap". Abang adalah idola saya.
Cukuplah di sini tulisan aku kali ini. Biarlah kenangan indah ini akan kekal di ingatan. Aku berharap dapat lagi bersama sama dengan abang dan kakak di lain masa. Terima kasih ayahanda, terima kasih sifu, terima kasih abang.!


wassalam.


No comments: